|
|
| Thursday, 22-Mar-2007 18:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Photo Studio by Mr Kor9 from Kluang
|
|
Pada 19 Mac 2007, K'FOSE dengan kerjasama Classic Studio Image (CSI:Kluang) telah mengadakan sessi fotografi studio bersama model - model kluang. Segala persiapan telah disusun oleh En Saadon dan En Kor9 bg memeriahkan suasana pada malam tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 19:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Persandingan Roziah & Shairul
|
|
Majlis berlangsung di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Johor.
Foto - foto krew Classic Studio Production
[www.csp.com.my]
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 06:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pernikahan Roziah & Shairul
|
|
Majlis pernikahan Roziah & Shairul telah di sempurnakan oleh Imam Masjid Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor, Imam Shahrul. Pada Jam 10.30 pagi hari jumaat 9 Mac 2007.
Foto - foto telah dirakam oleh krew Classic Studio Production
[www.csp.com.my]
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Mar-2007 01:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Majlis Perkahwinan Atie & Hakim
|
|
Ini adalah sebahagian daripada foto - foto perkahwinan yg dirakamkan oleh krew Classic Studio Production [www.csp.com.my]. Lebih 1000 keping foto dirakamkan sepanjang 2 hari majlis yg berlangsung dengan penuh meriah, gemilang dan cemerlang.
Selamat Penganting Baru
Atie & Hakim
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Mar-2007 14:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Deligasi K'FOSE ke Kilang
|
 |
|
mendengar penerangan dr tokey kilang
|
|
 |
|
apalah yg tak puas hati tuh..
|
|
 |
|
gambar apa tuh..
|
| | View all 8 photos... |
|
K'FOSE telah mengadakan deligasi ke kilang BP Nam Yang Printers & Paper Box Sdn Bhd pada 6 Mac 2007 pada jam 5 ptg. Seramai 11 orang ahli K'FOSE yg turut serta dalam deligasi ini. TAHNIAH kepada En Kornain yg sudi dtg daripada kluang untuk turut sama menyertai deligasi ini walaupun lewat sampai. Tuan penasihat En Hadipornama juga turut serta bg memeriahkan majlis.
Kedatangan kami telah di sambut oleh ms Susan marketing exec. yg mengaturkan deligasi kami ini. penerangan mengenai pembuatan kilang dan operasi di bentangkan oleh Chariman mr Lim Kim Boon.
Kami rasa amat bertuah kerana dilayan seperti vvip didalam kilang, dan kami juga dijamu dengan kueh dan minuman.
Diharap hubungan yang terjalin antara K'FOSE dan BP Nam Yang akan terus mekar dan berkekalan.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Mar-2007 03:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuda Kepang 'MABUK'
|
|
Tarian Kuda Kepang nie memang popular di Daerah Batu Pahat, Johor. Dan kebiasaan menjadi perhatian penduduk diluar daerah untuk menyaksikan tarian kuda kepang mabuk nie....
Macam mana dia boleh dirasuk dan boleh buat pelbagai aksi dibawah paras sedar dan cuma diawasi oleh otai2 kuda saya kurang pasti cuma apa yang saya tau kuda2 yg pada mulanya siuman boleh menjadi ganas bile mereka semakin mabuk dengan lagu.. mungkin macam dalam pontianak harum sundal malam "bila muzik bersatu kau milik ku" agaknya la kan...
Tapi apa pun tarian nie sungguh hebat....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Feb-2007 07:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b]Kembara K'FOSE ke Genting Highland[/b]
|
|
Kembara K'FOSE ke Genting Highland akan diadakan pada 25 & 26 April 2007.
Saya berkesempatan mengunjungi Genting Highland pada 7&8 fen 07 bagi meninjau lokasi2 menarik untuk program kembara K'FOSE pada 26 dan 27 Aprill 07 nanti.
Kita akan bertolak dari Batu Pahat ke Genting Highland pada jam 6.45 pagi dan dijangka sampai di Genting Highland jam 1.30 ptg. Sepanjang perjalanan didalam bas kami akan adakan sedikit perbincangan dan penerangan mengenai foto2 yg bakal di ambil dan teknik2 yg akan digunakan sepanjang 2 hari kita di Genting Highland ini. Penerangan dan perbincangan ini akan diberikan oleh otai dari batu pahat yg telah kami pilih berdasarkan pengalamannya.
Setelah check in/mkn/solat kita akan teruskan dengan shoot foto2 outdoor theme park sehingga jam 7 mlm. Selepas mkn malam/solat kita akan teruskan dengan shoot foto2 di indoor theme park. Dan jam 11 mlm kita akan adakan preview dan discus tentang gambar2 yg dah di shoot spanjang hari.
Keesokanya, selepas sarapan kita akan mengelilingi kawasan genting untuk shoot foto outdoor/pemandangan. Jam 12 selepas check out/mkn tengahari kita adakan sessi dialog ngan otai2 mengenai pengalaman sepanjang 2 hari bersama2. Dan jandikan in sebagai kenangan terindah.
Dan kita akan bergerak pulang pada jam 3 ptg dan dijangka sampai jam 930 mlm.
Dan bayaran untuk Kembara K"FOSE ke Genting Highland adalah RM100, bayaran termasuk bas, cable car, hotel twin sharing, sessi penerangan dpd otai2 dan nota2 berkenaan foto2 yg bakal diambil. Foto2 yg diambil juga boleh hantar kepada kami untuk pertandingan foto, syarat2 dan hadiah akan diberitahu semasa dlm perjalanan ke genting highland.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi setiausaha K'FOSE En Ahmad Zainal 012-7154771.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Feb-2007 11:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Basic Digital-SLR
|
|
Gelagat sebilangan peserta bengkel asas digital SLR..
macam2 perangai, tak kurang jugak yg nak menunjuk dah terlalu pandai...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Feb-2007 08:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembara K'FOSE ke Pulau Tioman
|
 |
|
gabungan 6 kpg gambar menjadi 1
|
|
 |
|
Entah apalah yg saadon dan nordin skodeng
|
|
 |
|
kuliah ptg sementara tunggu bot
|
| | View all 16 photos... |
|
Kembara K'FOSE menjelajah pulau tioman selama 3h/2m. Seramai 18 orang terdiri daripada ahli K'FOSE bersama2 Mr Guy dari segamat turut memeriahkan kembara K'FOSE ke pulau tioman.
Kami naik bot dari jeti mersing pukul 1130 pg dan sampai ke kg genting, tioman pukul 1330 ptg. Selepas diberi kunci bilik kami masuk kebilik masing2 buatlah apa2 yg patut kemudian kami dijamu makan tengahari oleh tokey genting inn nie. ikan sebesar laptop (entah jenis tak tau lak) abis kami baham dek kerana kebulur sepanjang perjalanan tadi apatah lagi bagi antara yg mabuk free dan muntah kt dlm bot. (cian). Lepas makan kita dibawa naik bot melawat kawasan2 menarik di pulau tioman. Tekek, tmn laut dan salang. sambil2 amek gambo yg menarik dapat jugak tgk orang yg pening2 lalat dalam bot.
Kami berhenti sepetang di taman laut untuk amek gambo sunset, tp malangnya cuaca tak merestui kita orang pada hari tu jadi tak dapatlah amek gambo yg menarik. Kita mampu merancang kan? apa nak buat. Kemudian kita terus dibawa pulang ke kg genting. sampai di kg genting lebih kurang jam 830 mlm, dan menunggu kepulangan kami adalah bapak2 ikan, kaum kerabat udang dan sedara mara sotong bersedia untuk kami makan selepas penat dipukul ombak (cian)
Selepas makan malam, Mr Guy ada open class adobe di restoran genting inn. Sapa2 yg ingin bertanyakan nak touch up gambo dan segalanya Mr Guy dan rakan2 lain yg tau akan memberi tunjuk ajar. Dah penat lepas tu masing2 masuk bilik tidur ada gak yang masuk bilik tak tidor berbual2 foto dan ada juga yg mengopek untuk buang2 masa, yg pg mancing pun ada gak (cian tak dapat ikan)
Esok pgnya kita dibawa gi taman laut dan pulau kecil untuk snorkling sapa yg pandai dan nak mencubalah, tapi seronok gak bila bawak kamera underwater nie. mcm2 boleh amek gambo kt dlm air nie selain dari ikan dan batu karang...????!!...
Petangnya mana yg masih larat nak jalan g amek gambo kat jeti usang ujung pulau, lawa jugak gambar2 nya. Mana2 yg dah penat duduk melepak ajelah kat dlm bilik mengopek.
Mlm terakhir kami dijamu BBQ seafood, boleh lah tahan sampai ada yg tak boleh bangun lepas tu... cian gak tgk. Lepas tu kami ber karaoke kat atas restoran genting inn, (kira okaylah) sambil2 mendengar rakan2 mensumbangkan suaranya kami diberi penerangan tentang foto2 yg kita ambil sepanjang berasa di tioman.
Hari terakhir kami berada di tioman dijamu sarapan nasi lemak aje... tengahari dalam kul 1400 feri sampai bawa kami pergi meninggalkan tioman dan seribu kenangan yg tak mungkin kami lupakan. Sampai di jeti mersing lebih kurang jam 1630.
Berakhirlah episod KEMBARA K'SOFE JELAJAH TIOMAN. Sepanjang 3 hari kami jelajah pulau tioman lebih 10,000 foto kami rakam dah mustahil dapat kami kongsi disini, lebih baik kita rasai bersama julai nanti.
Dan kami sedang merancang untuk berada di sana lagi pada bulan julai 2007. Jadi mana2 ahli dan juga peminat fotografi yg berminat untuk turut serta tunggu penggumuman dari kami...
AWAS TIOMAN KAMI DATANG LAGI.......??!!!
Next trip Genting Highland 25 & 26 April 2007
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Feb-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Fotografi Perkahwinan Alaf Baru
|
|
Kelab Fotografi Selatan (K'FOSE) Batu Pahat, Johor dengan kerjasama
RFM Fotomedia Sdn Bhd (Pak Wan) telah menganjurkan satu seminar fotografi perkahwinan alaf baru, bertempat di Landmark Hotel Batu Pahat, Johor.
Seramai 48 orang peserta daripada Batu Pahat, Johor Bahru, Muar dan Kluang menghadiri seminar tersebut. Peserta seminar di beri penerangan tentang fotografi perkahwinan alaf baru yang terkini yang semakin digemari bakal pengantin termasuk dari segi seni fotografi, komposisi hinggalah ke penyediaan album.
K'FOSE bercadang untuk jadikan seminar ini sebagai acara tahunan...
Jadi bagi penggiat fotografi perkahwinan atau yang berminat untuk menyertai seminar ini bagi tahun ini tunggu penggumuman dari K'FOSE. Tunggu.................
|
|
|
|